Notis Privasi

NOTIS PRIVASI KEPADA PELANGGAN VIRTUE TRUSTEE BERHAD (“VTB”) DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (PDPA)

VIRTUE TRUSTEE BERHAD (“VTB” atau “Syarikat”) amat komited dalam melindungi keselamatan dan kerahsiaan data peribadi anda. Syarikat memastikan bahawa data peribadi anda akan diproses selaras dengan peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan/atau perundangan lain yang berkaitan. Notis ini bertujuan menjelaskan cara data peribadi anda dikumpul, tujuan pengumpulan tersebut, serta penggunaan dan pendedahan data peribadi anda. Sila ambil maklum bahawa data peribadi anda mungkin merangkumi nama, alamat, nombor kad pengenalan (NRIC) atau pasport, nombor telefon, alamat e-mel dan/atau butiran akaun bank (secara kolektif dirujuk sebagai “Data Peribadi”).

  1. Pengumpulan Data Peribadi

    Kami mungkin mengumpul data peribadi daripada anda semasa penyediaan perkhidmatan amanah, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a) Butiran pengenalan (seperti nama, No. KKP/Pasport, tarikh lahir, kewarganegaraan);
b) Maklumat hubungan (seperti alamat kediaman, e-mel, nombor telefon);
c) Maklumat kewangan (seperti butiran akaun bank, maklumat cukai, sumber dana);
d) Maklumat pekerjaan atau perniagaan;
e) Sebarang maklumat lain yang relevan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat.
f) Data Peribadi tersebut, sama ada disimpan dalam bentuk elektronik atau fizikal, akan digunakan, diproses, dan didedahkan oleh Syarikat, kakitangan, wakil jualan, sekutu, vendor, dan mana-mana pihak ketiga yang berkaitan bagi memudahkan urusan pentadbiran Syarikat.

  1. Tujuan Pengumpulan

    Syarikat tidak akan mengumpul, menggunakan, atau memproses Data Peribadi anda selain bagi tujuan berikut:

a) Memahami keadaan kewangan anda dengan lebih baik bagi membolehkan Syarikat menyediakan sebut harga untuk pelaksanaan produk amanah;
b) Bagi tujuan penilaian risiko, pengendalian pembayaran pulangan pelaburan dan hasil bersih, serta tujuan audit;
c) Mengurus dan melayani hubungan Syarikat dengan anda serta menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik;
d) Bagi tujuan pemasaran, di mana anda berhak untuk menulis surat bagi meminta Syarikat menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut;|
e) Bagi pemindahan data dan perkongsian dengan Syarikat, Kumpulan Syarikat dan/atau pihak ketiga yang bertindak bagi pihak Syarikat, termasuk yang berada di luar Malaysia.

  1. Pendedahan Data Peribadi

Syarikat mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan kakitangan, wakil, sekutu, rakan komersial Syarikat, pihak berkuasa kawal selia, dan pihak lain seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau sebagaimana yang kami fikirkan perlu atau wajar.

  1. Akses & Pembetulan, dan Penarikan Balik Data Peribadi

Sebagai pelanggan kami, anda boleh mengemukakan permintaan bertulis untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda yang dipegang oleh Syarikat. Jika dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, akses atau pembetulan tersebut juga mungkin meliputi data peribadi yang diselenggara oleh pihak berkuasa kawal selia atau pihak ketiga.

Anda juga berhak untuk menarik balik persetujuan terhadap pengumpulan, penggunaan, atau pendedahan Data Peribadi anda pada bila-bila masa, tertakluk kepada sekatan undang-undang atau kontrak serta notis yang munasabah. Sila ambil maklum bahawa penarikan balik persetujuan mungkin menjejaskan keupayaan Syarikat untuk menyediakan produk dan/atau perkhidmatan tertentu kepada anda.

  1. Data Pihak Ketiga

Anda mengesahkan bahawa apabila anda memberikan maklumat mengenai orang lain kepada Syarikat, anda telah dilantik untuk bertindak bagi pihak mereka dan mereka telah memberikan persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi mereka

  1. Penyimpanan Data Peribadi

Data peribadi anda akan disimpan selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulannya, atau sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai. Selepas tamat tempoh penyimpanan, data tersebut akan dilupuskan secara selamat atau dinyahidentifikasi.

  1. Persetujuan

Notis ini telah dibaca dan difahami sepenuhnya. Persetujuan eksplisit diberikan secara sukarela, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, untuk Syarikat mengumpul, menggunakan, mendedahkan, memindahkan, berkongsi, atau memproses Data Peribadi, termasuk sebarang Data Peribadi Sensitif (jika berkenaan), bagi tujuan yang dinyatakan di atas.

VTB akan mengambil langkah terbaik yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dengan melaksanakan langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko akses tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, VTB tidak menjamin keselamatan mutlak dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul akibat pelanggaran data yang berlaku di luar kawalan munasabah pihak Syarikat.

  1. Maklumat Hubungan

Alamat:
10-3A, UOA Damansara II, Jalan Dungun,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Telefon: 03-20110688
E-mel: info@virtuetrustee.my

Scroll to Top